Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah
menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya.
Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun
pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada
orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah
sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya
pada malam ini bagi pihak aku ?"
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke
rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah
bahwa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya
dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada
diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan
sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."
Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku
tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu
hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah
mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka.
Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan
makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah
lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya
tetamu itu tidakk akan ketahui bahwa saya tidak makan bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan
seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa
menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga
berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah
berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang
Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam
kesusahan." (Al-Hasyr : 9)
Sumber : 1001 Kisah Islami







#ref-menu
0 komentar:
Posting Komentar